Protes isu kerakyatan berterusan, kerajaan India minta sokongan bintang Bollywood

[ad_1]

MUMBAI: Kerajaan India mempelawa bintang-bintang ternama Bollywood dan personaliti dunia perfileman negara itu dalam satu pertemuan tertutup pada Ahad, sebagai usaha mendapatkan sokongan terhadap undang-undang baharu kerakyatan yang telah mencetus bantahan berterusan.

Sekurang-kurangnya 25 orang telah terkorban dalam pertembungan antara polis dan peserta bantahan sepanjang lima minggu lalu, lapor Reuters.

Semuanya bermula apabila Undang-Undang (Pindaan) Kerakyatan (CAA) diperkenalkan, yang menyaksikan akses mudah bagi mereka yang bukan Muslim dari Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh untuk menjadi warganegara India, berbanding orang beragama Islam.

Pindaan itu, jika digabungkan pula dengan cadangan mewujudkan daftar kebangsaan warganegara, membuatkan penunjuk perasaan khuatir rakyat India beragama Islam yang minoriti akan lebih didiskriminasi.

Dua sumber dari industri hiburan memberitahu Reuters bahawa mereka telah menerima jemputan pada Ahad di sebuah hotel lima bintang di Mumbai. Secara kasarnya, sekitar 20 hingga 25 orang dari industri perfileman Hindi dan marathi dijangka hadir.

Acara yang dianjurkan oleh dua pemimpin senior dari Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi itu bertujuan membincangkan soal ‘salah tanggapan tentang CAA’.

Dengan menggunakan bintang-bintang Bollywood, dengan ribuan pengikut media sosial mereka yang merentas latar kepercayaan, dilihat dapat membantu BJP menepis pandangan negatif mengenai undang-undang baharu itu.

Undang-undang itu, dan kemarahan yang tercetus kerananya, telah menjadi dilema dalam industri filem yang turut diisi oleh beberapa personaliti Muslim dengan nama besar.

Ramai figura umum Bollywood juga telah mengecam CAA, sementara yang lainnya berdepan kritikan kerana bertindak mendiamkan diri.

Modi, yang mengetuai BJP dengan acuan nasionalis Hindu sering dilihat didampingi pelakon dan personaliti industri perfileman dalam acara-acara awam. Industri itu pula, dilihat banyak menghasilkan filem yang menyelitkan propaganda politik.

Pada Sabtu, lebih daripada 100,000 orang menyertai perhimpunan aman untuk membantah CAA di Hyderabad.

Siri protes seterusnya dirancang pada Ahad di Mumbai, New Delhi, Hyderabad, Bengaluru dan beberapa bandar lain.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *