Roboh papan tanda Selamat Tahun Baharu kesan tekanan politik PH – Hishammuddin

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Tindakan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) merobohkan papan tanda (billboard) ucapan Selamat Tahun Baharu 2020 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh adalah kesan daripada politik tekanan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tindakan itu tidak mustahil dibuat memandangkan DUN Paloh kini diterajui DAP selain sebahagian besar Ahli Majlis MPK juga dilantik dari kalangan DAP.

Oleh kerana itu jelasnya, tidak hairanlah pihak berkenaan langsung tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan berkenaan.

“Insiden merobohkan papan tanda yang mengandungi ucapan Selamat Tahun Baru di kawasan DUN Paloh sangat mendukacitakan.

“Untuk makluman umum, Pusat Khidmat Parlimen Sembrong telah mendapat kebenaran MPK ketika ia hendak ditubuhkan.

“Ia sudah pun terbina sekian lamanya. Betapa rendahnya mentaliti orang-orang PH. Sudah hampir dua tahun memerintah negara pun, masih lagi mengamalkan kebencian politik. Sehinggakan, dengan billboard Ahli Parlimen Sembrong pun mereka takut,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya dan Sembrong P153.

Billboard ucapan Selamat Tahun Baharu 2020 yang dirobohkan Majlis Perbandaran Kluang (MPK)

Dalam pada itu, sebuah portal melaporkan, ADUN Paloh, Syeikh Umar Ali mengesahkan papan tanda itu
dirobohkan oleh pihak Penguatkuasa MPK.

Jelasnya, difahamkan tindakan itu dilakukan berikutan pemasangan papan tanda yang tidak mematuhi peraturan.

“Saya pun tak ada waktu kejadian tu tapi saya difahamkan yang menurunkan tu pihak MPK dan saya tak ada pun beri sebarang arahan.

“Cuma saya difahamkan adalah disebabkan oleh faktor-faktor berkaitan dengan legality – tak mematuhi peraturan,” katanya kepada portal berkenaan.

Merujuk laman sesawang MPK, antara syarat-syarat lesen papan tanda dan papan iklan adalah mengutamakan perkataan Bahasa Malaysia (rumi dan jawi) dalam semua iklan yang dipamerkan sama ada ianya sahaja atau bersama dengan apa-apa bahasa lain.

Selain itu, seandainya ia menggunakan perkataaan bahasa lain di iklan, maka perkataan Bahasa Malaysia tersebut hendaklah lebih besar saiznya dan kelihatan lebih jelas serta menggunakan ejaan yang betul.

Papan iklan itu juga tidak boleh menutup atau menghalang mana-mana tingkap atau ruang keluar udara atau asap ditembok luar dinding bangunan dan ditegah meletakkan gambar, perkataan, lambang atau jenama berkaitan dengan minuman bir, arak atau perkataan yang difikirkan tidak sopan.

Pemilik juga bertanggungjawab ke atas sebarang struktur iklan yang dibina di mana-mana bahagian dinding atau di atas bumbung bangunan dan mestilah diperakukan oleh mana-mana arkitek atau jurutera berdaftar serta dilindungi insurans.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *