Zoo terbakar ketika sambutan tahun baharu, lebih 30 haiwan mati

[ad_1]

LEBIH 30 haiwan mati dalam insiden kebakaran di sebuah zoo di barat Jerman pada Rabu.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada bunga api ketika sambutan tahun baharu 2020.

Menurut pihak berkuasa, antara haiwan yang mati termasuk kera, monyet, kelawar dan burung.

Jurucakap zoo tersebut berkata keseluruhan tempat tinggal spesis monyet musnah terbakar.

Antara spesis monyet yang mati termasuk lima orang utan, dua gorila, seekor cimpanzi dan beberapa ekor monyet.

Hanya dua cimpanzi berjaya diselamatkan anggota bomba tetapi mengalami melecur pada badan, namun berada dalam keadaan stabil.

Pengarah zoo berkata kebanyakan haiwan yang mati merupakan antara spesis yang hampir pupus di hutan.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *