BELURAN PERLU DIBERI KEUTAMAAN PENYALURAN….PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, KATA DR. RONALD

[ad_1]

Dr. Ronald (barisan hadapan,enam dari kiri) bersama pemimpin BERSATU, Srikandi dan Armada Beluran pada majlis itu.

SANDAKAN:  Beluran yang mencatatkan 12.1 peratus iaitu dua digit insiden kemiskinan di negeri ini perlu diberi keutamaan dalam aspek penyaluran pembangunan infrastruktur, kata Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Katanya, laporan kajian seperuh penggal Rancangan
Malaysia ke 11 yang dibentang di Dewan Rakyat mencatatkan dua daerah di Sabah
yang telah mencatat insiden kemiskinan dua digit, iaitu Beluran 12.1 peratus
dan Tongod 14.6 peratus.

Beliau berkata, tumpuan harus diberikan terhadap Beluran bagi
membolehkan masyarakat luar bandar memperoleh manfaat hasil dasar dilaksanakan
oleh kerajaan.

“Terutamanya melibatkan pembangunan infrastruktur
asas seperti bekalan air, elektrik, sekolah, klinik serta jalanraya untuk
faedah rakyat.

“Justeru, penyertaan masyarakat Beluran dalam Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diharap menjadi landasan kepada kerajaan
untuk terus membela masyarakat luar bandar yang masih memerlukan
pembangunan”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Ramah
Mesra “BERSATU” Beluran, Pemimpin Bahagian, Srikandi dan Armada Beluran Sempena
Sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2020, di sini.

Dalam pada itu, Ronald yang juga Ketua Bahagian BERSATU
Beluran optimis jumlah keahlian Bersatu Beluran akan bertambah selepas proses
pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung pada April depan.

Beliau berkata, ketika ini jumlah keahlian BERSATU
Beluran lebih 3,500 orang dan usaha menambah ahli akan dilaksanakan oleh
jawatankuasa bahagian, Srikandi serta Armada.

“Ini penting agar BERSATU Beluran bukan sahaja
menjadi pelengkap kerajaan, malah menjadi pendokong hasrat kerajaan khususnya
dalam menyalurkan pembangunan ke kawasan luar bandar”, tegasnya.

Ronald yang juga Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Negeri
berkata, ketika ini BERSATU Beluran mempunyai 29 cawangan melibatkan
kawasan  Dewan Undangan Negeri (DUN)
Labuk dan DUN Sugut.

Ronald berkata 8 buah lagi cawangan baru sedang dibentuk
dan akan berfungsi sebagai cawangan sah selepas pemilihan parti April ini.

“Ini akan melengkapkan semua cawangan parti di semua
Pusat Daerah Mengundi (PDM) di parlimen Beluran”-, tegasnya.

Menurut Ronald respon rakyat terhadap Bersatu  di Sabah sangat mengalakkan.

“Terkini hampir 100 ribu ahli telah didaftar oleh
semua 25 bahagian Bersatu setakat ini”, tambahnya.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *