PPM MENUMPAS CUBAAN SELUDUP MINYAK PETROL KE FILIPINA

[ad_1]

Tiga perahu yang digunakan untuk seludup minyak petrol ke Filipina ditahan PPM Semporna semalam

Oleh Faizal Rahman

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah menahan tiga lelaki warga Filipina di perairan Sisipan  dalam operasi cegah jenayah perairan sempena cuti perayaan Krismas Dan Tahun Baharu 2020 semalam.

Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 17 hingga 30 tahun telah ditahan selepas ketiga-tiga perahu mereka masing-masing dikesan mencurigakan pada jam lebih kurang 3.40 petang.

Menurutnya lagi, pemeriksaan awal dijalankan mendapati ketiga-tiga saspek ditahan di bawah  kesalahan Akta Kawalan Bekalan 1961 di kawasan laut Sisipan.

“Operasi ini dijalankan adalah bertujuan untuk membanteras isu penyeludupan ke negara jiran yang semakin berleluasa,” kata Mohamad Pajeri.

Antara barang yang dirampas adalah 3 perahu, tiga enjin dan petrol sebanyak 1,270 liter yang diisi dalam jerikin pelbagai saiz  dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM 47,207.30, katanya lagi.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *