KEBAKARAN MEMUSNAHKAN RUMAH SEWA DI KAMPUNG PARIS III

[ad_1]

Oleh Faizal Rahman

KINABATANGAN: Dua blok rumah sewa yang terdiri dari 11 pintu musnah dalam kebakaran di Kampung Paris III kira-kira 57 KM dari sini awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 melibatkan pada jam 2.10 pagi.

Enam anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan  diketuai oleh Ketua Balai PPgB Nurul Azlan Jamalludin bergegas ke tempat  dengan menaiki 1 buah jentera kecemasan dan 1 kenderaan utiliti. 

Operasi pemadaman kebakaran juga dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kg Paris.

Menurut laporan dari komander operasi, kebakaran melibatkan 2 blok rumah sewa jenis tidak kekal, iaitu sebuah blok 3 pintu dan sebuah blok 8 pintu. Kedua-dua blok rumah tersebut telah musnah terbakar. 

Sebuah van dan sebuah motosikal turut musnah terbakar. Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air dari jentera bomba dan pili bomba berhampiran. 

Terdapat seorang mangsa lelaki cedera ringan di bahagian bahu semasa menyelamatkan motosikalnya. Pasukan Bomba berjaya mengawal api dari merebak ke rumah-rumah lain berdekatan pada jam 3.16 pagi sebelum memadamkan kebakaran sepenuhnya.

Operasi pemadaman kebakaran ditamatkan pada jam 6.47 pagi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kebakaran dan kerugian.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *