IMIGRESEN SABAH MENJELASKAN ISU BERHUBUNG PENANGKAPAN EMPAT WANITA WARGANEGARA REPUBLIK RAKYAT CHINA DI TAWAU

[ad_1]

TAWAU: Jabatan Imigresen Negeri Sabah menjelaskan isu berkaitan penangkapan empat wanita warganegara Republik Rakyat China di Tawau pada Dis 10 lepas.

Empat wanita berkenaan telah memasuki Negeri Sabah menggunakan Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia MH395 dari Shanghai ke Kota Kinabalu pada jam 6.15 pagi pada Dis 4 dan seterusnya menaiki penerbangan MH2121 jam 7.40 pagi dan tiba di Tawau jam 8.25 pagi pada hari yang sama.

Namun begitu mereka telah gagal melaporkan diri di mana-mana kaunter Imigresen khususnya kaunter transit yang disediakan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk mendapatkan ‘Cop Masuk Imigresen’ (Immigration Endorsement) ke Negeri Sabah secara sah.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Imigresen Negeri Sabah Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin dalam satu kenyatan media hari ini.

Kesemua wanita ini telah ditahan pada  Dis 10 semasa pemeriksaan dokumen pasport mereka ketika penerbangan balik ke Shanghai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau akibat pembolosan semasa tiba ke Negeri Sabah tempohari, tambah beliau.

Kes tersebut telah dituduh dibawah kesalahan Seksyen 24(2), Akta Imigresen 1959/63 kerana enggan atau abai hadir di hadapan pegawai imigresen sebagaimana dikehendaki oleh peraturan imigresen negara ini dengan penalti yang diperuntukkan hendaklah apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali, kata Nuhamad Sade.

Mahkamah Sesyen Tawau dalam perbicaraan pada Dis 28 menjatuhkan hukuman kepada keempat-empat wanita berkenaan penjara selama 18 hari dari tarikh tangkap Dis 10 setelah kesemua mereka mengaku bersalah, kata Muhamad Sade.

Menurut Muhamad Sade, Jabatan Imigresen Negeri Sabah bersama Malaysia Airport Berhad (MAHB) dan Lembaga Pelancongan Sabah telah mengambil langkah proaktif dengan meletakkan peringatan dalam Bahasa Cina di pelbagai sudut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu disamping membuat pengumuman siaraya dalam Bahasa Cina untuk mencegah pembolosan sedemikian dari terus berlaku.

“Sehubungan dengan itu, Jabatan ini juga menggesa kerjasama semua pihak termasuk syarikat penerbangan, agensi pelancongan dan pihak kedutaan Negara China terus aktif memberi peringatan kepada pelawat-pelawat dari negara berkenaan agar mematuhi peraturan ini,” katanya lagi.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *