Kerajaan komited bantu rakyat tingkatkan pendapatan – Azmin

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melipatgandakan usaha dalam meningkatkan sumber pertumbuhan dalaman negara pada tahun 2020 dengan disokong oleh kemajuan sektor swasta yang berterusan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebagai tambahan, kerajaan akan terus menyokong peningkatan kadar pendapatan sejajar dengan inisiatif Malaysia@Work yang diumumkan dalam Bajet 2020.

Malaysia@Work memperuntukkan sebanyak RM6.5 bilion untuk lima tahun akan datang bertujuan mewujudkan lebih baik peluang pekerjaan untuk belia dan wanita, sambil mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing yang berkemahiran rendah.

“Gaji bulanan minumum sebanyak RM1,200 akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2020 bersama dengan program pemindahan tunai, pengembalian cukai pendapatan dan kos pinjaman yang lebih rendah juga dijangka memberi dorongan tambahan kepada perbelanjaan isi rumah.

“Dalam memastikan pembangunan ekonomi tidak tertumpu pada faktor geografi sahaja, kerajaan akan meningkatkan aktiviti ekonomi di lokasi terpilih berdasarkan kekuatan dan keunikan setiap kawasan.

“Dalam hal ini, 15 kawasan Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan baharu merangkumi Hub Kewangan Islam 2.0; Komoditi Malaysia 2.0; penanaman bijak dan bernilai tinggi; industri pengisian, animasi dan digitalisasi serta pembuatan, bekalan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA: Malaysia sasar pertumbuhan ekonomi 4.8 peratus menjelang 2020

Dalam pada itu, sebanyak RM1.1 bilion, jelas beliau, telah diperuntukkan dalam Bajet 2020 untuk meningkatkan pembangunan Koridor Ekonomi Serantau.

Ia melibatkan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping, Perlis (RM50 juta), Pelabuhan Kuantan, Pahang (RM69.5 juta) , Loji Rawatan Pembetungan Sentral Sungai Segget, Johor (RM42 juta), Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM55 juta) dan Sabah Agro-Industrial Precinct (RM20 juta).

“Pelaburan swasta akan dikukuhkan semula melalui insentif yang lebih berkesan, strategi promosi yang diselaraskan dengan lebih baik dan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif.

“Kerajaan telah menyediakan insentif pelaburan RM1 bilion setiap tahun dalam tempoh 5 tahun akan datang sebagai usaha strategik untuk menarik syarikat Fortune 500 serta sektor teknologi tinggi.

“Syarikat-syarikat berkenaan perlu melakukan pelaburan RM5 bilion di Malaysia untuk menghasilkan aktiviti ekonomi tambahan, mewujudkan 150,000 pekerjaan berkualiti tinggi dalam tempoh 5 tahun akan datang dan mengukuhkan ekosistem pembuatan dan perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, menjelang sembilan bulan pertama 2019, jumlah pelaburan asing dan domestik mencecah jumlah RM149 bilion.

Beberapa buah projek strategik akan diteruskan seperti Lebuhraya Pan Borneo, Laluan Pantai Timur, Bandar Malaysia dan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Gemas-Johor Bahru.

Dalam perkembangan lain, kerajaan telah berjaya menurunkan harga jalur lebar sebanyak 49 peratus dan akan melaksanakan Rancangan Fiberisasi dan Penyambungan Nasional (NFCP) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Insentif cukai juga akan disediakan bagi menggalakkan lagi aktiviti tambah nilai tinggi dan meningkatkan produktiviti dalam peralihan ke dalam ekonomi teknologi generasi kelima (5G) .

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *