Kerajaan P. Pinang terus komited beri manfaat kepada rakyat

[ad_1]

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang terus komited untuk memberikan limpahan manfaat kepada rakyat menerusi hasil pembangunan negeri, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Dalam perutusan bersempena Hari Krismas dan Tahun Baharu 2020, beliau berkata hasrat itu akan terus dizahirkan menerusi pimpinannya sepertimana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa berangkat melawat Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong dalam titah Seri Paduka telah meminta rakyat di negeri ini hidup dalam keadaan harmoni dan menjadi contoh sebagai sebuah negeri yang berbilang bangsa serta agama dan dapat hidup bersama dengan baik.

“Malah, Seri Paduka juga percaya bahawa dengan kesungguhan ditunjukkan oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang, setiap daripada rakyat di negeri ini bakal menikmati limpahan pembangunan hasil daripada pelaksanaan Visi Penang 2030 iaitu ke arah ‘Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara’.

“Berlandaskan itu, kerajaan negeri menerima nasihat yang dititahkan Al-Sultan Abdullah dan berusaha untuk memastikan segala hasil pembangunan negeri dapat membawa manfaat kepada seluruh rakyat di samping mewujudkan semangat perpaduan dan toleransi sebagaimana dipraktikkan selama ini,” katanya.

BACA: Pulau Pinang banyak keunikan tarik ramai pengunjung – Agong 

BACA: Agong seru kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang bersatu

Chow berkata pembangunan negeri itu termasuk pelaksanaan program kebajikan, pendidikan, memperjuangkan kesaksamaan gender, kehidupan di dalam suasana hijau dan sihat tanpa mengetepikan nilai-nilai warisan sedia ada serta pemantapan pembangunan modal insan dan belia secara keseluruhan.

“Adalah menjadi harapan saya supaya pelan pembangunan negeri terutamanya dalam aspek pembangunan infrastruktur khususnya pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dapat dilaksanakan dengan jayanya demi percambahan ekonomi negeri dengan penglibatan semua pihak,” katanya.

— BERNAMA

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *