POLIS TAWAU SIASAT GADING GAJAH DISELUDUP KE INDONESIA MELALUI TAWAU

[ad_1]

TAWAU:  Polis Tawau sedang menyiasat gading gajah yang dilapor dirampas di Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Indonesia yang didakwa diseludup keluar dari daerah ini, kata Ketua Polis Tawau ACP Peter Umbuas hari ini.

Katanya, ketika ini pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada gading gajah itu dibawa dari daerah ini mahupun dari daerah lain di Sabah.

“Saya telah membuat janji temu dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk saya membuat perancangan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu. Kami akan berbincang mengenai penugasan lebih terancang dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Tawau daripada ASP Cheong Soon Yew kepada DSP Mursalin Mahmud di sini.

Menurut Peter, pada minggu lepas, beliau turut menghadiri  mesyuarat pasukan petugas khas berkaitan hidupan liar dan telah meminta maklumat lanjut berkaitan isu terbaharu itu daripada jabatan berkaitan.

Baru-baru ini, media Indonesia melaporkan seorang lelaki warga Indonesia ditahan pihak berkuasa negara itu selepas terbabit dalam penyeludupan empat gading gajah dipercayai dibawa masuk dari Tawau melalui Pelabuhan Tunon Taka.

SAspek yang merupakan penduduk Nunukan ditahan ketika pemeriksaan imbasan barang penumpang dari Tawau di pelabuhan berkenaan pada Isnin (9 Dis) lepas.Saspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda 100 juta rupiah (kira-kira RM30,000), jika sabit kesalahan di Indonesia.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *