MPT RANGKA PELBAGAI LANGKAH UNTUK TAWAU CAPAI STATUS BANDARAYA

[ad_1]

TAWAU: Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sedang merangka pelbagai langkah untuk melayakkan daerah ini diiktiraf sebagai satu daripada bandaraya di Sabah.

Presidennya Datuk Ir Amrullah Kamal berkata antara langkah itu adalah melakukan perkadaran cukai di kawasan pinggir bandar yang akan dilaksanakan mulai Januari depan dalam misi untuk mencapai kutipan hasil RM100 juta, antara kriteria bagi melayakkan diiktiraf sebagai bandaraya.

“Kawasan pinggir bandar terlibat ialah empat lokasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, DUN Balung (tujuh lokasi), DUN Sri Tanjung (enam lokasi) dan DUN Tanjung Batu (tujuh lokasi), katanya ketika ditemui pada Sesi ‘Town Hall’ Hari Bertemu Pelanggan MPT di Dewan Masyarakat Tawau di sini, hari ini.

Beliau berkata MPT juga akan mewujudkan Pasar Malam di Jalan Chester dari Jumaat hingga Ahad. 

Amrullah turut memberitahu antara perkara positif dilakukan MPT ketika ini adalah pemindahan Tamu Ahad dari Takada ke Sabindo, yang boleh menjana pendapatan sehingga RM40,000 sebulan berbanding RM2,500 di tapak asal.

“Selain itu, inisiatif pelaksanaan Operasi Ketam (bagi menangani isu tunggakan cukai taksiran atau cukai pintu) yang dilancarkan pada Julai lepas mampu mengutip hasil cukai pintu sebanyak RM3 juta,” tambahnya.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *