BOT PENUMPANG BAWA BARANG KAWALAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA TAWAU

[ad_1]

 Bot penumpang yang sarat dengan muatan barang kawalan ditahan oleh Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau semalam

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU : Maritim Malaysia (Zon Maritim Tawau) berjaya menahan sebuah bot penumpang membawa tong gas LPG disyaki dalam cubaan menyeludup keluar di kawasan muara Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik, semasa “Operasi Pluto Timur” semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, bot peronda Maritim Malaysia (Zon Maritim Tawau)  mengesan sebuah bot penumpang sedang bergerak secara melulu menuju masuk ke Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik dan menahan bot penumpang terbabit  bagi tujuan pemeriksaan pada jam lebih kurang 9.50 malam Dis 12.

“Semasa bot penumpang tersebut hendak diperiksa, tiba-tiba juragan bot melompat terjun ke laut dan berenang meloloskan diri ke kawasan paya bakau berhampiran. Pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu tidak membawa penumpang tetapi memuatkan kira-kira 26 buah tong gas petroleum cecair (LPG) berada di dalam bot penumpang tersebut.

Malahan, turut ditemui 2 muatan tong jerrry can berisi minyak petrol. Kesemua muatan yang dirampas termasuk bot penumpang tersebut dan 1 unit enjin bot dianggarkan bernilai lebih kurang RM 23,000,” kata Siva Kumar.

Beliau berkata lagi, kesemua barang yang dirampas iaitu bot penumpang, enjin dan barang-barang muatan bot itu dibawa masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa kebenaran yang sah serta Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) kerana menyalahgunakan lesen bot penumpang untuk membawa muatan barang.

Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal. 

Sebarang aduan kecemasan dan maklumat jenayah di perairan Tawau boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam, tambah Siva Kumar.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *