20 BUAH RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TAWAU

[ad_1]

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU: Dua puluh buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan hampir 2 KM dari bandar sini petang ini.

Balai Bomba dan Penyelamat Tawau terima panggilan kecemasan pada jam 4.29 petang dan seterusnya respon ke tempat kejadian. 

Pasukan Bomba yang diketuai oleh Ketua Balai PKPgB Sharudy Delamin menaiki 4 buah jentera dan 1 utiliti berserta 26 orang anggota untuk menjalankan operasi pemadaman dan penyelamatan. 

Menurut Ketua Operasi setibanya pasukan pertama tiba di lokasi kejadian api kelihatan marak sedang membakar 3 buah rumah.

Pasukan Bomba terus bertindak dan berusaha memadam kebakaran tersebut sehingga terkawal dan terpadam sepenuhnya. 

Walau bagaimanapun Pasukan Bomba menghadapi kesukaran akibat tekanan air pili bomba rendah dan ditambah pula struktur rumah jenis tidak kekal dan kedudukan terlalu rapat antara satu sama lain menyebabkan api cepat merebak. 

Operasi dapat dikawal pada jam 5.05 petang.  Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan berlaku.

Pasukan Bomba Komuniti bersama polis, Angkatan Pertahanan Awam dan RELA turut hadir di lokasi membantu operasi pemadaman kebakaran.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *