MASIH DITAHAP MEMBIMBANGKAN…Sabah catat peningkatan 14.6 peratus penyalahgunaan dadah

[ad_1]

Norazlinah (duduk tengah) dan Christina bersama para tetamu khas dan para peserta program Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2019

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU:
Masalah penyalahgunaan dadah bukanlah satu perkara baru, malah ia telah wujud
sejak sekian lama dan meninggalkan kesan yang amat buruk dan mengganggu gugat
keharmonian dan keselamatan masyarakat. 

Menteri
Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata,
semenang dadah diketahui umum serta menyedari kesan dan kemusnahan yang boleh
terjadi akibat pengambilan dadah.

“Ia
merupakan satu bencana yang amat dahsyat kepada masyarakat dan negara
sehinggakan Kerajaan telah mengisytiharkan Dadah adalah musuh No. 1
negara,” katanya.

Beliau berkata
demikian pada majlis penutupan program Sambutan Minggu Antidadah Peringkat
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2019, di Dewan Seminar Mengkabong, Intan Kmapus
Sabah, pada Rabu.

Teks ucapan
beliau dibacakan Pembantu Menteri Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,
Norazlinah Arif.

Turut hadir
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi.

Frankie
berkata, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK), bagi tahun 2018, sebanyak 17,474 penagih baharu dikesan.

Katanya,
sungguhpun angka ini mencatat sedikit penurunan sebanyak 5.2 peratus berbanding
tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 18,440 telah dikesan pada tahun 2017, namun
angka tersebut masih berada dalam tahap yang agak membimbangkan.

Norazlinah (kiri) melawat gerai pameran program Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2019

“Daripada
jumlah ini, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 1,200 kes, yang menunjukkan
peningkatan sebanyak 14.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan 1,047
kes. Jumlah ini mewakili 4.7 peratus dari statistik seluruh negara,”
katanya.

Frankie
berkata, antara fakta yang signifikan sebab-sebab mengapa berlakunya penggunaan
atau bermulanya pengambilan dadah adalah pengaruh rakan, perasaan ingin tahu
dan keseronokan. Keadaan ini merupakan tiga sebab utama bermulanya penggunaan
dadah.

Katanya,
sebab-sebab lain adalah seperti akibat tekanan jiwa, pekerjaan, hiburan,
kurangnya didikan agama, masalah kewangan, melangsingkan badan, penderaan,
perubatan, seks, teraniaya, tiada ilmu tentang bahaya dadah, untuk tujuan
belajar, untuk menahan kesakitan, rangsangan dan penggunaan secara tidak
sengaja sehingga menyebabkan ketagihan.

“Melihat
kepada statistik dan fakta-fakta tersebut, kita sedia maklum bahawa Kerajaan
melalui agensi-agensi pelaksana dan penguatkuasaan yang ada, telah bersama-sama
melaksanakan pelbagai program gerak gempur dalam usaha untuk membanteras dan
menghapuskan aktiviti yang tidak bermoral ini,” katanya.

Frankie
berkata, walaupun Kerajaan telah memperkenalkan dasar, akta, undang-undang yang
berkaitan bagi mengekang penularannya dalam masyarakat, namun statistik
tangkapan masih menunjukkan angka yang agak membimbangkan.

“Meskipun
jika dilihat dari segi keseluruhan, dalam tempoh 3 tahun ke belakang,
terdapatnya trend penurunan sebanyak 18 peratus kes penagih dadah yang dikesan,
iaitu daripada 30,844 kes pada tahun 2016 berbanding 25,267 kes dikesan pada
tahun 2018, usaha harus terus dibuat bagi memastikan angka ini akan terus
menurun sehingga kita mencapai status negara yang bebas dadah,” katanya.

Katanya, bagi
merealisasikan impian ini sudah semestinya akan memerlukan sokongan sehingga ke
peringkat akar umbi, masyarakat dari segenap lapisan, untuk bersama-sama
membantu menangani isu ini.

“Dengan
wujudnya penglibatan komuniti dipelbagai peringkat, diharapkan akan dapat
membantu usaha-usaha mengekang masalah penyalahgunaan dadah agar tidak terus
menjadi barah di dalam komuniti kita.

Ini sejajar
dengan cabaran wawasan dan aspirasi negara dalam usaha membentuk masyarakat
penyayang dan budaya menyayangi demi kepentingan masyarakat,” katanya.

Justeru,
katanya setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab dan peranan penting yang
harus dimainkan dalam membantu pihak-pihak berkaitan menyampaikan mesej utama
mengenai bahaya dadah kepada masyarakat amnya dan dalam kalangan kita khasnya.

Frankie
berkata, penganjuran program ini amat baik kerana masyarakat dapat melihat
penyertaan dan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai kumpulan yang terdiri
daripada golongan pelajar-pelajar sekolah, institut pengajian tinggi, peringkat
ibu bapa malah melibatkan pegawai-pegawai awam dari pelbagai kementerian dan
jabatan, bersama-sama bergabung menjayakan program sambutan minggu antidadah
yang menjadi aktiviti tahunan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Gabungan ini
dilihat telah meliputi lebih kurang 90 peratusdaripada kumpulan sasar
pendidikan pencegahan dadah yang terkandung dalam Dasar Dadah Negara,”
katanya.

Beliau
berkata, komitmen dan penyertaan yang diberikan menunjukkan sokongan padu yang
ditunjukan sebagai solidariti dalam menyampaikan mesej penentangan dan
penolakan kepada dadah.

Beliau
menegaskan bahawa pengedar dadah adalah penjenayah yang amat kejam dan tidak
bertimbang rasa.

“Mereka
merupakan penjenayah yang terbesar yang menyebabkan wabak penyalahgunaan dadah
ini Kerana tamak, mereka sanggup menggunakan pelbagai taktik kotor untuk
memperdaya dan menjerat hatta kanak-kanak kecil 
hingga terjerumus ke lembah ketagihan. Kesalahan ini tidak boleh
dimaafkan dan melampaui batas kehidupan bermasyarakat,” katanya.

Katanya,
menyedari bahawa pengedar dadah adalah, Kerajaan telah menguatkuasakan
undang-undang yang lebih keras.

“Negara
kita merupakan antara negara yang mengenakan hukuman paling berat terhadap
pesalah pengedar dadah iaitu gantung sampai mati.

Mungkin ada
sesetengah pihak tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan malah ada yang
berpandangan hukuman ini terlalu ekstrem dan amat kejam.

Namun, mereka
tidak melihat kepada kesan-kesan buruk yang yang akan timbul jika perkara ini
tidak ditangani dengan lebih tegas dan berkesan kerana ia boleh merosakkan
keharmonian dan mengganggu gugat ekosistem persekitaran komuniti dan
keselamatan negara secara amnya,” katanya.

Frankie
berkata, sebagaimana yang digariskan dalam Dasar Dadah Negara, Pendidikan Pencegahan
amat penting dan ia dilaksanakan melalui dua pendekatan utama iaitu media
sosial dan mobilisasi komuniti.

Katanya,
kedua-dua elemen ini merupakan teras penting dalam memangkin kejayaan
usaha-usaha pendidikan pencegahan dadah dalam negara.

“Jika kita lihat perbandingan pada masa sekarang dengan dahulu, suatu ketika dahulu, sebahagian besar maklumat hanya dapat diakses melalui hebahan rangkaian televisyen, radio dan program-program jerayawara.

Berbeza dengan masa kini, pemerkasaan program pendidikan pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih meluas melalui penggunaan sepenuhnya teknologi terkini dan aplikasi media sosial dalam kalangan masyarakat,” katanya

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *