POLIS BELURAN CATAT PENINGKATAN SEBANYAK 11.71% DALAM PENYELESAIAN KES

[ad_1]

Oleh Faizal Rahman

BELURAN: Pihak polis daerah sini telah mencatat peningkatan sebanyak 11.71% dalam penyelesaian kes untuk sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun 2018.

“Pada tahun 2019 sebanyak 67.27% penyelesaian kes dicatat berbanding 55.56% pada tahun 2018 manakala untuk statistik kes jenayah indeks pula terdapat peningkatan 10 kes bersamaan dengan 22.22% bagi tempoh yang sama,” kata Ketua Polis Daerah Supt Kasim Muda (gambar).

Sepanjang tahun ini bagi tempoh Januari hingga September kes jenayah indeks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran mencatatkan sebanyak 55 kes berbanding 45 kes pada tahun 2018, kata Kasim.

Sementara itu, dari segi pertuduhan, Kasim berkata Cawangan Jenayah membuka 145 Kertas Siasatan (IP) dan 73 kes telah dituduh di mahkamah, Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik (400 IP, Tuduh 399) dan Cawangan Trafik (187 IP, Selesai 176), tambahnya lagi.

Untuk tangkapan kes perjudian pula, sebanyak 16 kes telah dicatat di daerah ini dimana daripada jumlah tersebut 11 kes telah diselesaikan dan 5 kes lagi masih dalam tindakan, kata Kasim.



[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *