TIGA BUAH KENDERAAN TERBAKAR DI BENGKEL MEMBAIKI KERETA


Anggota Bomba sedang memeriksa persekitaran bengkel selepas memadam kebakaran awal pagi tadi.

Oleh Kahar Ali

SANDAKAN : Tiga buah kenderaan di sebuah bengkel membaiki kereta di Batu 3 Jalan Utara terbakar dalam kebakaran awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah terima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 4.06 pagi berhubung kebakaran tersebut.

Sejurus itu, Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan telah respon ke lokasi kejadian menggunakan 2 buah jentera  dan 1 buah jentera EMRS yang diketuai PBKII Chauslim Sunsubin bersama 9 orang anggota.

Menurut ketua operasi, kebakaran melibatkan 3 buah kenderaan jenis Proton Saga BLM, Toyota Prado dan Perodua Alza yang terletak dalam bengkel membaiki kereta berkenaan telah terbakar 100%.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air dari jentera Bomba. Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.18 pagi dan ditamatkan pada jam 4.39 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *