SEORANG BURUH ASING DITAHAN POLIS MEMILIKI 5.76 GRAM SYABU


Syabu yang dirampas dari buruh asing oleh polis di Kampung Damai 1,  Jalan Dam kelmarin

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Seoran buruh asing ditangkap oleh polis memiliki syabu seberat 5.76 gram yang dianggarkan bernilai RM 864 dalam serbuan terhadap sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Damai 1, Jalan Dam kelmarin.

Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor, berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah menahan saspek berumur 48 tahun semasa “Ops Sarang” pada jam 1.10 petang.

Saspek berada di ruang tamu apabila menyerbu rumah tersebut dan menemui enam paket berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di seluar yang dipakainya, kata Nasri.

Lapan gulung kertas timah dan satu penyedut minuman yang telah diubah suai, turut dirampas dari saspek ketika operasi berkenaan. Saringan ujian air kencing mendapati saspek positif Methapethamine dan Amphetamine, kata Nasri.

“Siasatan juga mendapati saspek mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama,” kata Nasri lagi.

Menurut Nasri, saspek ditahan untuk siasatan lanjut dibawah  Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *