MATUNGGONG: Dahulu ibarat jaguh kampung, namun kelibat jaguh sukan bola jaring dari sebuah sekolah pendalaman di daerah Matunggong akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya mewakili sekolah tersebut hingga keperingkat Kebangsaan haruslah dibanggakan.
Adik Sylvia Riana Anak Mat, 12 (gambar bersama Guru Besar En. James) tahun murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Lotong 25 kilometer dari pekan Matunggong mencatat sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai penerima anugerah pencapaian ko-kurikulom pada majlis Hari Kecermelangan Sekolah dan PIBG bersama pemimpin Masyarakat Matunggong (CDO) baru baru ini.
Pegawai Pemaju Masyarakat (CDO) Nuriah Jamirun (dalam gambar berdiri tengah) melahirkan rasa bangga dan teruja diatas pencapaian dan semangat yang ditunjukkan oleh adik Sylvia sehingga mengharumkan nama sekolah tersebut hingga ke peringkat kebangsaan sebagai ikon dan pemangkin kepada para pelajar dalam meraih kejayaan perlu diberi pujian.
Dalam pada itu , “suntikan dan motivasi amatlah penting agar para pelajar yang menghadapi peperiksaan UPSR yang akan berlangsung hanya beberapa minggu lagi diadaptasi para pelajar bersama bimbingan guru guru amatlah tinggi dan diharap momentum tersebut dapat direalisasikan oleh para pelajar itu sendiri,” katanya.
Dalam pada itu majlis sambutan tiga serangkai Hari Raya, Kaamatan dan Hari Kecermelangan Pelajar diadakan sederhana mendapat sokongan Yang Dipertua PIBG SK Lotong Duanis Utum sangatlah memberangsangkan, bagaimanapun beliau berharap agar beberapa keperluan utama bagi menangani keadaan bangunan sekolah yang sudah uzur dan membina sebuah dewan terbuka untuk aktiviti murid dapat perhatian para pemimpin atasan.
Sementara itu ketua kampung Lotong Apun Borok berkata, jalan raya menuju ke bangunan baru RMTS juga perlu dibuat bagi keselesaan para guru dan pelajar.
Sekolah SK Lotong yang kini mempunyai 125 orang murid amat bertuah kerana telah mendapat sebuah bangunan asrama yang dapat menampung 120 orang murid serta pagar sekolah yang disumbangkan oleh pihak Perbadanan Pinjaman Sabah dan guru besar yang baharu James Umbagat mengharapkan agar kerjasama ibubapa dan PIBG sekolah akan terus mengangkat nama baik sekolah bukan sahaja dalam bidang sukan juga dalam bidang akademik.
“Saya berharap agar kerjasama yang ditunjukkan pihak Ibua baga, Ketua kampung dan PIBG akan terus dikekalkan bagi membantu sekolah ini terus berkembang maju dan menjadikan sekolah sebagai gedung ilmuan supaya lebih ramai lagi pelajar yang berketrampilan dan cermelang dapat dilahirkan di sekolah tersebut,” tambahnya.