KEBAKARAN MEMUSNAHKAN RUMAH PEKERJA KILANG MEMPROSES MINYAK SAWIT


Kebakaran rumah pekerja kilang memproses minyak sawit di Beluran semalam

Oleh Faizal Rahman

BELURAN: Dua blok rumah pekerja yang menempatkan 11 buah rumah struktur kekal di sebuah kilang memproses minyak sawit di sini musnah dalam kebakaran semalam.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 6.34 petang dan Balai Bomba dan Penyelamat Beluran digerakkan untuk respon.

Lapan anggota diketuai oleh PBK II Rahmat Rudat telah bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki satu jentera bomba.

Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan 2 blok rumah pekerja yang menempatkan 11 buah rumah struktur kekal terbakar 90%. Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba.

Kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke blok ketiga (6 buah rumah) pada jam 7.30 malam sebelum dapat dikawal dan seterusnya dipadam sepenuh.

Operasi pemadaman kebakaran tamat pada jam 9.52 malam dan tidak ada kecederaan dan kematian dilaporkan.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *