Streamyx ke Unifi – TM labur RM50 juta naik taraf perkhidmatan di Sabah


Samsuni (3 dari kiri), Mohd Sainal (3 dari kanan k) dan tetamu khas lain bersama-sama memotong kek sambutan Aidilfitri Kaamatan TM Sabah.

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Telekom Malaysia Berhad (TM) melabur RM50 juta untuk menaik taraf kawasan perkhidmatan Streamyx ke Unifi di Sabah tahun ini.

“Ia adalah kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata

Pengurus Besar TM Sabah Dato Haji Mohd Sainal bin Haji Mohd Amin.

Beliau berkata,  syarikat itu kini mempunyai 70,000 pengguna Unifi untuk kediaman dan perniagaan, di negeri ini.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Aidilfitri Kaamatan dianjurkan oleh TM Sabah, bertempat di Hotel Ming Garden & Residence, di sini pada Rabu.

Mohd Sainal berkata, TM akan memberi tumpuan ke arah penambahbaikan kawasan Streamyx bagi memastikan semua pelanggan boleh menikmati Unifi.

Majlis sambutan Aidilfitri Kaamatan TM Sabah dirasmikan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor.

Beliau berkata sambutan itu bertujuan untuk memupuk perpaduan dan hubungan yang lebih erat antara kakitangan TM dan pelanggan.

Sementara itu, Samsuni menekankan pentingnya mewujudkan perkongsian bijak antara agensi persekutuan dan negeri dengan TM.

Beliau juga berkata sambutan perayaan di Malaysia adalah unik dan perlu dipelihara.

Samsuni, yang sebelum ini ketua pegawai komunikasi dan setiausaha kanan jabatan (pentadbiran) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, berkata perlantikannya untuk bertugas di Sabah buat kali pertama bukan sahaja satu penghormatan tetapi juga peluang untuk mempelajari lebih lanjut tentang masyarakat setempat .





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *