PERTAHANAN AWAM CATAT 69 KES DALAM “OPS BANTU (19) HARI RAYA AIDILFITRI 2019”

[ad_1]

Anggota  Pertahanan Awam Kelihatan Sedang Memeriksa Sebuah Kereta Yang Rosak Ketika Operasi

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah mencatat sebanyak 69 kes di seluruh Sabah pada hari pertama dan kedua “Ops Bantu (19) Hari Raya Aidil Fitri 2019” yang bermula hari Isnin.

Dalam operasi dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengahmalam , anggota Pertahanan Awam telah respon selepas menerima panggilan kecemasan dari pengguna jalanraya.

Anggota Pertahanan Awam yang bertugas telah memberi bantuan kepada pemandu kenderaan yang menghadapi masalah semasa berada di jalanraya.

Pada hari pertama operasi, sebanyak 33 kes dilaporkan membabitkan seramai 111 mangsa manakala untuk hari kedua 36 kes dan 93 mangsa dilaporkan.

Kes-kes yang dilaporkan  terdiri dari Kemalangan Ringan (3 kes, 4 mangsa), Kenderaan Rosak (45 kes, 138 mangsa), Tayar Pancit (18 kes, 56 mangsa) dan lain-lain kes (3 kes, 6 mangsa).



[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *