Bekas Naib-Ketua Pemuda PCS Pusat Masuk UPKO

Max Sintore, Bekas Naib-Ketua PCS Pusat dan bekas Timbalan Ketua Pemuda PCS Bahagian Tamparuli menyerahkan borang keahlian UPKO kepada Madius disaksikan oleh Joisin Romut, Setiausaha Politik kepafda TKM dan Ricky Chin, Pen. Pegawai Khas Pejabat Khidmat Parlimen Tuaran.  (Foto: RM)

KOTA KINABALU, 7 Mei 2019: Pintu UPKO sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang mahu menerima wadah perjuangan parti ini dan ingin menjadi ahlinya. Demikian dinyatakan oleh Presiden UPKO YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika menerima borang keahlian daripada bekas Naib-Ketua Pemuda Parti Cinta Sabah (PCS) Pusat, Encik Maxolvin Sintore yang telah menyertai UPKO dengan menyerahkan sendiri borang keahlian beliau kepada Presiden UPKO YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau hari ini.

Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata bahawa UPKO sentiasa menggalakkan golongan muda untuk menyertai parti ini “yang boleh dilatih untuk meneruskan perjuangan parti ini apabila tiba masanya barisan pemimpin parti sekarang akan menyerahkan barisan kepimpinan kepada pemimpin pelapis yang sedia ada,” ujar Madius.

Dalam pada itu, Maxolvin Sintore yang juga adalah bekas Timbalan Ketua PCS Bahagian Tamparuli berkata bahawa dia mengambil keputusan untuk keluar dari PCS dan menyertai UPKO atas kesedaran bahawa hanya UPKO sahaja yang benar-benar boleh memperjuangkan nasib masyarakat terutama golongan Gen-Y. Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang Geologi berharap akan dapat menyumbang kepada perjuangan UPKO dan memperkasakan UPKO di kalangan muda mudi.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *