1,529 kes jangkitan Covid-19 ini hari


 Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,076 pesakit sembuh, berbanding 1,529 kes baharu Covid-19 dan lapan kematian.

Ini menjadikan 294,034 kes pulih daripada keseluruhan 314,989 jangkitan Covid-19, dengan 1,177 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 19,778 kes aktif dengan 79 daripada 160 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 1,520 penularan tempatan.

Katanya, kes penularan tempatan membabitkan 1,177 warganegara dan 343 warga asing.

Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 726 kes.

Ia diikuti Sabah (71), Johor (120), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (71), Negeri Sembilan (89), Pulau Pinang (76), Perak (49), Sarawak (252), Kedah (9), Melaka (4), Kelantan (28), Pahang (3), Terengganu (13), Putrajaya (1), dan Perlis (17).

Tiga kes kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, dan Johor

Kematian membabitkan warganegara berusia 61 hingga 89 tahun, seorang lelaki bukan warganegara berusi 75 tahun.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *