1,354 kes jangkitan Covid-19 ini hari


Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,782 pesakit sembuh, berbanding 1,354 kes baharu Covid-19 dan empat kematian.

Ini menjadikan 306,274 kes pulih daripada keseluruhan 323,763 jangkitan Covid-19 dengan 1,210 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 16,279 kes aktif dengan 71 daripada 158 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 1,340 adalah penularan tempatan.

Katanya, kes penularan tempatan membabitkan 1,042 warganegara dan 298 warga asing.

Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 577 kes.

Ini diikuti Sarawak (178), Pulau Pinang (154), Johor (121), Perak (101), Kuala Lumpur (55), Sabah (39), Terengganu (37), Kedah (33), Kelantan (26), Negeri Sembilan (21), Pahang (lima), Melaka (empat) Putrajaya (dua) dan Labuan (satu), manakala tiada kes dilaporkan di Perlis.

Empat kes kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *