1,000 penduduk Kg Tagibang rayu kerajaan naik taraf jalan ke pekan Kota Marudu


Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Tagibang di sini, merayu kepada kerajaan supaya menaik taraf jalan perhubungan utama penduduk kampung berkenaan ke Pekan Kota Marudu.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Tagibang, Edin Dambilang berkata, jalan perhubungan utama ke Pekan Kota Marudu sejauh 16 kilometer itu adalah dari Kg.Tagibang ke Kg.Kipopogong Gana Kota Marudu.

“Kami sudah banyak kali mengemukakan permohonan supaya jalan raya ini dinaik taraf tetapi sehingga kini tiada jawapan menggembirakan.

“Sejak saya berkhidmat sebagai Pengerusi JKKK pada tahun 2010 hingga 2018, saya mengemukakan permohonan dan juga memasukkan keluhan penduduk kampung mengenai masalah ini dalam surat khabar dan televisyen setiap tahun dengan harapan ia mendapat perhatian kerajaan.

“Malangnya masalah jalan raya di kampung kami seakan-akan tidak dipedulikan,” katanya dipetik Nabalu News, hari ini.

Runtuhan tanah mengakibatkan jalan kampung Tagibang tidak dapat dilalui.

Edin berkata, penduduk kampung bergotong-royong hampir setiap bulan untuk membaiki kerosakan jalan raya di kampung itu.

“Kerosakan jalan raya menyebabkan SESB dan wakil rakyat kawasan kami tidak dapat masuk ke kampung kami.

“Oleh itu kami berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera membantu kami membuka runtuhan tanah yang menyebabkan jalan raya tidak dapat dilalui di kampung kami,” katanya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.